Saturday, August 31, 2019

Surat Paduka Maharaja Adinda kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 56) berkaitan perdagangan (Jumaat, 1 Safar)

Qawluhu al-Haqq

Surat kasih sayang serta tulus ikhlas dan muafakat yang sudi  daripada beta Paduka Maharaja Adinda sampai kepada pihak sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada jalan berkasih kasihan pada segala handai dan taulan dan pandai memerintahkan segala pekerjaan dan setiawan lagi dermawan pada segala fakir miskin maka tergah masyhurlah pada sekalian negeri atas angin dan bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan langit dan bumi perangai yang demikian itu selagi ada perkisaran cakerawala iaitu matahari dan bulan jangan berubah2 


kemudian dari itu ahwal akan surat daripada sahabat beta dibawa Nakhoda Hasan Nin  itu telah sampailah pada beta dengan sempurnanya serta hadiah daripada sahabat beta kain cindai panjang sepuluh sehelai dan kain cit sekayu itu beta terima kasih dengan amat kesukaan dan tersebut di dalam surat sahabat beta akan harga kapas sahabat beta serupa beri sepuluh rial daripada jualan orang luar itu pun beta terima kasih lagi tersebut sahabat beta pinta tolong beras makan sepuluh koyan dan lembu kasi itu sudah beta bicarakan mana bolehnya hendak muat beri pergi maka Nakhoda Hasan Nin sakit tiada sihat itulah jadi gendala maka inilah Nakhoda Hasan Nin ada sihat sedikit beta muat beras dan lembu dan benih buah sukun bawa pergi musyahadah sahabat beta mana yang bolehnya dahulu pinta sahabat beta terima sementara dahulu sebermula jika ada kasih serta percaya sahabat beta jadi kesukaan sahabat beta hendak beri mari dagangan barang yang patut laku di dalam negeri Perlis ini mana kadarnya barang yang patut serta berkenan pada Nakhoda Hasan Nin boleh beta tolong beli beras dan lembu seperti kehendak sahabat beta mana bolehnya beta beri pergi tiada berpuash  lagi barang kehendak sahabat beta barang yang patut boleh di dalam Perlis ini nyatalah surat mari boleh beta tolong cahari dengan habis2 sukuasa  beta diberi pergi akan sahabat beta sebermula adalah hadiah daripada beta lembu kasi dua ekor dan rusa jantan seekor dan beras lembut senalih dan emping satu kampit dan manisan madu suatu kodi pinta sahabat beta terima ambil tiadalah dengan sepertinya tanda ikhlas jua adanya ahwal itulah beta nyatakan buat surat ini hari Jumaat pada sehari bulan Safar tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment