Saturday, August 31, 2019

Surat Dato Ibrang kepada Saudagar Raja (MS 40320/9, f. 57) berkaitan masalah hutang (4 Zulhijjah, Isnin)

Hamba Dato’ Ibrang  sembahkan cit pada ke bawah qadam Dato’ Saudagar Raja yang mulia lagi karim ‘izzat Allah Taala ‘ala al-dawam amin thumma amin 


kemudian dari itu hamba Dato’ maklumkan ahwal adalah surat qadam Dato’ dibawa Dato’ Panglima Kota itu tersebut menunggu hutang pada hamba Dato’ maka sekali2 tiada hamba Dato’ berhutang tetapi ada suatu hari tatkala hamba Dato’ hendak pergi ke Melaka maka Kapitan pun mau pergi maka ia pergi menyambut pada Dato’ Seri Maharaja Dewa di hamba Dato’ ketahui entah beberapa banyaknya tiada diketahui dan tiada hamba Dato’ mengaku dan tiada bersarikat  pada dagangan itu maka tatkala itu sabda Dato’ Maharaja Dewa suruh hamba Dato’ melihat harta itu serta dengan tubuh Kapitan maka hamba Dato’ mengaku melihat baik dan jahat Kapitan balik itu dari Melaka serahkan pada Dato’ maka sekarang sudahlah hamba Dato’ balik dari Melaka serta sudah hamba Dato’ bawa tubuh Kapitan itu serahkan pada Dato’ Seri Maharaja Dewa maka lepaslah sudah fasal Kapitan itu daripada hamba Dato’ segala dagangan tiada laku itu pun sudah diserahkan pada Dato’ itu dan sudah diterimanya maka tiadalah lagi sangkut paut pada hamba melainkan pada Kapitan itu tiadalah hamba Dato’ ketahui ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan pergi surat ini pada empat haribulan Zulhijah hari Isnin tamat

No comments:

Post a Comment