Wednesday, August 21, 2019

Surat Nakhoda Cik Sah kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 22) memohon bantuan kewangan

Hamba Dato’ Nahoda  Cik Sah maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ yang mulia 


Akan hal maka adalah saudara hamba Dato’ Cik Muri  dan Cik Somang  hamba Dato’ suruh mari mengadab  qadam Dato’ kerana hamba Dato’ sekatakan  berhatidlah  boleh mari mengadab qadam Dato’ maka itulah hamba Dato’ suruh mari mengadab  qadam Dato’ hendak pohonkan rial upah batas yang sudah hamba Dato’ ambilan fasal rial tiga puluh sefasal lima puluh sefasal lima puluh sebagai lagi beras enam guni sebagai lagi ambilan beras kepada mengisi  enam guni jumlahnya seratus enam puluh tiga rial kira2 hamba Dato’ lagi tinggal kepada Dato’ dua ratus tiga puluh sembilan rial tiga kupang tiga duit batas yang sudah disukat Saudagar ‘Abdul Latih  tiga belas relung  sembilan jaba maka itulah hamba Dato’ maklumkan kerana hamba Dato’ sangatlah kesakitan ditunggu orang kuli ini tiadalah dapat lagi hamba Dato’ bergerak lamanya hamba Dato’ bekerja batas itu empat bulan sudah lamanya jika ada kesian Dato’ hamba Dato’ pohonkan belanja mana ke sini Dato’lah kerana hamba Dato’ sangatlah kesakitan maka itulah hamba Dato’ maklumkan tamat

No comments:

Post a Comment