Thursday, August 29, 2019

Surat Seri Maharaja Dewa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 54) berkaitan pembelian lembu dan kapur (1 Ramadhan, Jumaat)

Qawluhu al-Haqqah

Surat tulus ikhlas daripada diperhamba Seri Maharaja Dewa sampai pada Tuan Gurnador Pulau Pinang 


maka itulah lembu diterima Kapitan Diksin dua puluh empat ekor muat di kici dahulu dua kali ia terima lembu dan kapur tiga kali itu pun tiada ia ambil surat hamba tuan bawa pergi kemudian jangan ia silab  kata arta  Syaudagar  Raja kerana tiada ia terima tanda daripada diperhamba tuan bawakan tuan ahwal inilah hamba tuan maklumkan perbuat surat ini pada sehai  timbul bulan Ramadhan hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment