Tuesday, August 27, 2019

Surat Wak Sembawa kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 39) berkaitan pembunuhan oleh orang Bugis

Ya ‘Aziz al-Rahim

Hamba Dato’ Wak Sembawa sakai yang teramat hina maklumkan sembah pada ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang teramat mulia 


ba’d dari itu ahwal adalah hamba Dato’ bernupang  mari bersama2 dengan Nakhoda Wak Nisha  mari hendak duduk dalam Pulau Pinang ini maka ada suatu malam mati Mak Muda dan Pak Muda dibunuh oleh orang Bugis tiada dengan dosanya ahwal inilah hamba Dato’ berdatang teriapkan  pada ke bawah qadam Dato’ periksa Nakhoda Wak Nisa  itu apa salahnya dibunuh Mak Muda hamba Dato’ itu ahwal itulah hamba Dato’ berdatang mengadu kepada qadam Dato’ pinta Dato’ hukum dengan kerana Allah tuhan sarwa alam tamat

No comments:

Post a Comment