Saturday, August 17, 2019

Surat Dato' Ali kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 1) berkaitan kesilapan menjatuhkan hukuman terhadapnya oleh Mata-mata Bongsu

Hamba Dato’ Ali yang amat miskin lagi hina dina merafakkan sembah sujud ke bawah tapak cerpu Dato’ Gurnador yang amat mulia 


ahwal hamba Dato’ maklumkan ke bawah khadrat  kadam Dato’ yang amat mulia akan hal hamba Dato’ ini disalah dihukumnya mata2 Bongsu  empat puluh rial kata mata2 hamba Dato’ duduk berbuat jahat dengan bininya nama Siti itu hamba Dato’ tiada sekali2 ada berbuat jahat itu meski Dato’ bunuh sekalipun hamba Dato’ redalah kata mata2 Bongsu  engkau salah aku hukum empat puluh rial jika tiada engkau bayar aku bawa masuk gedung  gelab  dua tiga kali dipintanya tiada hamba Dato’ beri lalu dianya pergi pinta pada mok  hamba Dato’ kata mata2 Bongsu  pada mok  hamba Dato’ jika tiada mok  beri rial empat puluh rial aku bawa Ali masuk gedung  gelab  lalu dibayarnya oleh mok  hamba Dato’ empat puluh rial maka sekarang pun hamba Dato’ persembahkan ke bawah khadrat  kadam yang mulia apalah jadi  perintah hukum Dato’ akan hamba Dato’ kerana tiada sekali2 hamba Dato’ berbuat salah dengan Siti itu ahwal inilah hamba Dato’ teriak maklumkan izzat sa’adah bertambah2 ‘ala al-dawam 

No comments:

Post a Comment