Ya ‘Aziz
Hamba Dato’ Syeikh Jangku maklumkan sembah ke bawah hadrat Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia
hamba Dato’ maklumkan ahwal maka adalah Faqira Malik dan Ramjani Basti kedua orang itu sangatlah dimalukannya hamba Dato’ segala orang pun duduk kata2 kepada bendara kain dan kepada tukang cukur itu pun dikatanya jangan dicukur jangan basah kainnya dan segala orang pun dikatanya jangan dipanggil makan nasi khindari akan Syeikh Jangku itu malu sangatlah hamba Dato’ ini kerana hamba Dato’ ini dipanggil orang lebai dua tahun sudah lamanya di Pulau Pinang ini hamba Dato’ ini tiada siapa katakan jahat hamba Dato’ ini baru inilah Faqira dan Ramjani yang duduk kata2 akan hamba Dato’ ini kerana hamba Dato’ ini mari katakan orang itu hendak pergi ke Benggala itulah ta’sir atas hamba Dato’ lagi pun ia apa khinduri panggil hamba Dato tiada hamba Dato’ pergi ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan ‘izzah tamat
No comments:
Post a Comment