Wednesday, August 21, 2019

Surat Seri Johan Pahlawan kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 29) berkenaan izin berniaga

Allah wa ‘alam 

Surat tulus ikhlas berkekasihan2  muafakat yang tiada berkesudahan kiran  daripada saya Seri Johan Pahlawan sampai kepada sahabat saya Dato’ Gurnador yang di atas tahta  kerajan di dalam nenggeri  Pulau Pinang 


ahwal maka adalah saya ini dititahkan Duli Tengku Pengiran Yang Maha Mulia suruh duduk di Kuala Muda ini sangatlah hampir dengan nenggeri  sahabat saya maka sekarang ini adalah habar  konon wangkang sebuah masuk ke bandar Pulau Pinang tambahan kepada kici sulub  dan serba bangsa yang masuk berniaga maka sekarang ini jika ada mudah mudahan serta tabik him  sahabat saya serta dibenarkan saya pergi tumpang berniaga cara wak  kadar  cara miskin daripada rotan kerabau  lembu seekor dua kalau2 boleh lepas2 belanja maka itulah lembu saya beri pergi jadikan hadiah tanda  tiadalah dengan sepertinya jika ada sahabat saya benarkan saya pergi pinta sahabat saya nyatakan mari pada o  yang membawa surat inilah boleh sampaikan pada saya boleh segera pergi ahwal inilah saya ta’rifkan tamat

No comments:

Post a Comment