Tuesday, August 27, 2019

Surat Dato' Panglima Rahman kepada Francis Light (MS 40320/9, f. 40) memohon untuk berhutang

Ya ‘Aziz

Hamba Dato’ Panglima Rahman maklumkan sembah ke bawah qadam Dato’ Gurnador Raja Pulau Pinang yang mulia hamba Dato’ maklumkan ahwal 


maka adalah hamba Dato’ apa ini ada ada empat beranak di dalam Pinang ini ada lagi sepuluh orang di dalam Perlis itulah hamba Dato’ ini hendak pergi ambil mari ke Pulau Pinang ini maka adalah hamba Dato’ ini hendak pohonkan berhutang ke bawah qadam Dato’ barang empat puluh ringgi kehendak hamba Dato’ ini hamba Dato’ hendak pergi ambil mari bini dua anak dulapan orang jumlahnya jadi empat belas orang hamba Dato’ apa ini hendak jadi hambalah pada qadam Dato’ kerana hamba Dato’ pun sudah adalah membuat bendang huma di dalam Pulau Pinang ini sedikit2 menupang  anak menantu berdikit dengan kampung Dato’ juga laman sudah qadam Dato’ benarkan hamba Dato’ hendak pergi ambil marilah anak bini kesemua sekali ke Pulau Pinang ini ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan ‘izzah sa’adah bertambah2 tamat

No comments:

Post a Comment