Tuesday, November 6, 2018

Surat Saudagar Raja kepada Faqir Kandu (MS 40320/6, f.36) berkaitan dagangan lembu, beras dan kapur

Alhamdulillah 

Adinda Saudagar Raja maklumkan ke hadrat kekanda Faqir Kandu yang mulia yang ‘aziz al-karim 


ahwal akan surat Tuan Gurnador dan surat hadrat kekanda beri mari itu telah sampailah pada adinda maka tersebut di dalamnya fasal lembu dengan beras maka pada sehari2 ini terlalulah payah boleh cahari lembu dekat2 ini lagi harganya pun pada seekor lima enam rial maka segala hal ini tiada lindung  pada hadrat kekanda maka niat adinda hendak kerjakan kerja Tuan Gurnador seboleh2 tiada niat adinda hendak ambil faedah di dalam kerja Tuan Gurnador itu maka dahulu sudah adinda beli hantar serba jenis lebih dua ribu rial adinda buat daftar beri pergi harga belian dan belanjanya tiada adinda ambil laba barang sekupang pun dalam itu maka ini pun jika boleh harga lembu seperti kehendak Tuan Gurnador seboleh2 adinda beli hantar pergi maka dahulu sudah adinda hantar pergi empat ekor di Jaga2 maka bahawa ini dulapan ekor pulak jadi dua belas ekor maka beras Tuan Gurnador kehendaki sepuluh koyan itu belum adinda maklum lagi jika sudah adinda maklum ke bawah Duli baginda Yang Maha Mulia apa yang keluar titah boleh adinda beri pergi surat kekanda boleh maklum pada Tuan Gurnador maka ada Kapitan Jaga2 berjanji dengan adinda suruh beli kapur lima koyan ia hendak ambil dengan harga dulapan rial pada sekoyan maka lama sudah adinda beli tamban taruh di kuala kapitan itu pun tiada mari ambil lama sudah pinta kekanda tolong katakan pada kapitan itu suruh hantar rial adinda empat puluh serta ianya suruh mari terima ambil kapur itu jika ada mudah mudahan pinta kekanda beli beri teropong barang suatu pada adinda serta malau merah barang sedikit boleh adinda hantar pergi harganya ahwal inilah adinda maklumkan tamat

No comments:

Post a Comment