Patik maklumkan ahwal patik ini sudi hamba tuha pada paduka marhum sampai pada Yang Maha Mulia
maka niat cita dalam hati patik malam dan siang jika boleh hendak beri jadi suatu antara Yang Maha Mulia dengan Jenderal supaya timbullah keyakinan patik akan seperti titah Yang Maha Mulia suruh patik pakat dengan segala kepercayaan Jenderal di Pulau Pinang pakat bicara pada jalan memberi kebajikan antara Yang Maha Mulia dengan Jenderal itu pada fikir patik2 jika Yang Maha Mulia berkasih kasihan dengan Jenderal banyak jalan jadi kebajikan pada Yang Maha Mulia dan segala rakyat Yang Maha Mulia yang miskin2 jadi kemudahan mencahari ayapan itu pun jadi kebajikan pada Yang Maha Mulia juga dan perniagaan Yang Maha Mulia pun tiada kurang makin lama bertambah2 dan segala larangan Yang Maha Mulia di dalam bandar Kedah itupun tiada hilang dan lagi Yang Maha Mulia beri seorang harapan duduk berniaga dalam Pulau Pinang di dalam itupun banyak boleh kelabaan Yang Maha Mulia tiab2 tahun dan lagi segala beras Yang Maha Mulia ditaruh di Pulau Pinang dijual pada segala kapal dagang harganya ikut kesukaan Yang Maha Mulia di dalam itu pun banyak kelabaan pada Yang Maha Mulia dan segala dagangan yang keluar di dalam jajahan Yang Maha Mulia dihimpun taruh di Pulau Pinang dijual pada segala kapal2 dagang atau pada kompeni harganya ikut kesukaan Yang Maha Mulia dan barang yang kekurangan boleh Yang Maha Mulia pinta pada Kompeni dan hasil Pulau Pinang pun boleh Yang Maha Mulia terima tiab2 tahun jadi banyak jalan kelabaan Yang Maha Mulia tambahan hati Yang Maha Mulia pun senang tiada menaruh bimbang pada sebelah laut sudah dengan perintah kompeni demikianlah ada kebajikan di dalam itu lebih maklum Yang Maha Mulia kerana Yang Maha Mulia menanggung martabat wali akan hal kelabaan kompeni di dalam Pulau Pinang ini seduad pun belum lagi timbul laba pada kompeni sekadar belanja beberapa banyak sudah habis jika sudah tentu keluar kelabaan kompeni di dalam Pulau Pinang ini masa itu boleh Yang Maha Mulia pinta pada Jenderal akan belanja pada fikir patik Jenderal pun sukalah beri mana patut patik pun boleh nyatakan pada Jenderal tiada cukub pemberian Jenderal akan belanja negeri Yang Maha Mulia sekalian patik maklum ini dengan ikhlas putih hati patik tanda hamba jika ada tempoh ampun jadi benar patik pohonkan Yang Maha Mulia khususkan barang yang patut jangan jadi berat sangat sampai pada Jenderal supaya boleh patik pergi sendiri khususkan patik ambil surat ikrar janji Jenderal sembahkan Yang Maha Mulia patik pun balit dari Benggala itu patik singgah mengadap Yang Maha Mulia patik pohonkan balas dengan segera boleh patik bersiab hendak pergi ke Benggala dibuat surat ini pada bulan Jamadil Akhir tamat daulat

Pemberian Jenderal pada fasal Pulau Pinang ini
No comments:
Post a Comment