Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas serta kasih sayang suci putih hati daripada hamba Tuan Sayid Hasan sampai kepada sahabat hamba Dato` Kapitan Dewa Raja Gurnador yang beristirehat di negeri bandar Pulau Pinang yang gah termasyhur nama yang kepujian pada segala negeri yang di atas angin dan ke bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan seru semesta sekalian alam kiranya perangai yang demikian itu jangan berubah dan berputusan selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan ini
kemudian dari itu hamba nyatakan ahwal adalah surat dua tiga pucuk sudah hamba layangkan sahabat hamba maka tiada sahabat hamba mau balas surat hamba sangat hajat hendak mendengar khabar yang khusus daripada sahabat hamba tanda mahabbat dan ikhlas dengan hamba maka tiadalah apa dalil hayat daripada hamba hanya limau manis ada dua puluh biji hadiah hamba akan sahabat hamba tiada sepertinya maka segala khabar nyatalah pada yang membawa surat hamba itu ahwal inilah hamba takrifkan buat surat hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment