Tuesday, November 20, 2018

Surat Panglima Kuala Seri Muda Dewa kepada Francis Light (MS 40320/6, f.52) berkaitan hutang (Jumaat, 12 Rejab)

Ya Aziz al-Karim 

Surat tulus ikhlas kasih serta sayang hormat dan mulia daripada Panglima Kuala Seri Muda Dewa sampai maklum pada hadrat Tuan Gurnador yang thabit di Pulau Pinang dengan senang setia dengan beberapa kemulian dan lagi gah masyhur khabar dan warta atas segala negeri Melayu lagi bijaksana pada memerintah pandai ambil hati segala orang sahabat handai memberi suka hati tambahan pada ke bawah Duli Baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia empunya negeri lebih lagi Tuan Gurnador membicara ambil hati jangan boleh syak hati baginda dari awal sampai akhirnya 



syahdan ada pun kemudian daripada itu surat Tuan Gurnador telah sampai dengan sejahteranya tersebut dalamnya Nakhoda Mahmud menunggu piutang Yang Dipertuan Selangor atas Orang Kaya Demang itu maka sudah perhamba bawa maklumkan pada ke bawah Duli Tuanku Raja Muda Yang Maha Mulia keluar titah suruh nakhoda itu tunggu atas Demang turut surat Tuan Gurnador maka telah sudah dikerjakan oleh Nakhoda itu serta dengan penolong bicara Encik Lu Ngak lalu bertemu dengan Demang itu serta berjanji Nakhoda dengan Orang Kaya Demang maka segala hal perintah itu telah nyata pada Nakhoda itu dan Tuan Haji boleh Tuan Gurnador dengar segala perintah itu daripada mula2 sampai lalu pada kemudian maka sampai tiyu  Orang Kaya Demang pergi Pulau Pinang mengiring penghulu perhamba ke Pulau Pinang Dato Laksamana itulah perhamba maklumkan Tuan Gurnador minta tabik dan maaf Tuan Gurnador akan perhamba barang yang salah dalam kata kata surat ini kerana tiada tahu adat bahasa orang putih perhamba ini hamba Raja Melayu seperkara perhamba minta tolong tuan beri suruh anak perhamba itu Saudagar Abdul Gharani mari Kuala Perlis bertemu pada perhamba sebentar berbicara jangan nama perhamba dan saudagar jahat pada Raja itulah harab  perhamba akan Tuan Gurnador menolong saudagar dan perhamba yang tahu bicara ini buat surat dua belas hari bulan Rejab Jumaat

No comments:

Post a Comment