Sunday, November 4, 2018

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.22) berkaitan penghantaran barang dagangan (Jumaat, 21 Rejab)

Ya ‘Aziz 

Hamba Dato’ Saudagar Raja maklumkan kehadrat Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang mulia lagi arif bijaksana telah masyhur ke mana2 waba’du 


dari itu ahwal surat qadam Dato’ beri mari pada munsyi kehendak daftar ambilan bayaran hamba Dato’ maka inilah hamba Dato’ salin beri pergi daftar boleh qadam Dato’ tatap maklum segala fasalnya itu di dalam itu pun mana kasih qadam Dato’ itulah hamba Dato’ terima barang yang sudah sampai pada qadam Dato’ itu maka qadam Dato’ hendak beri faedah pada seratus rial sepuluh rial pada segala makanan lepas daripada belian dengan belanjanya itu fikir hamba Dato’ tiada cukup akan pintah  dan susut dan ruas binasa dan mati hidup bendanya itu jika qadam Dato’ beri faedah pada seratus rial dua puluh rial boleh hamba Dato kerjakan barang berapa qadam Dato’ kehendak itu hamba Dato’ beli himpun taruh di kuala boleh qadam Dato suruh Jaga2 mari terima bawa pergi pada qadam Dato’ maka hamba Dato’ pun boleh faedah sedikit jika tiada demikian tiadalah boleh faedah akan hamba Dato’ inilah dipohonkan pada qadam Dato’ perbuat surat hari Jumaat selikur hari bulan Rejab tamat 

No comments:

Post a Comment