Saturday, November 10, 2018

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.45) berkaitan jenayah cubaan membunuh (5 Ramadhan 1202 Tahun Dal awal/9 Jun 1788)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan seru alam 

kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal adalah teman beta nama Kehasan  seorang dan nama Itang  seorang pergi ke Tawi asalnya kemudian oleh Raja Tawi ambil teman beta dua ini seorang dijadikan juru mudi dan seorang dijadikan juru batu disuruh mari bersama2 Malim Baba  dan Nakhoda Ramjani sampai ke Ujung Salang biasa jabat  ke Pulau Nekuari  dari pulau itu Itang ini menumpang dengan Kapitan Rafsin  sampai ke Pulau Pinang maka ia lari mari kepada beta menyatakan segala ahwalnya maka ini khabarnya Nakhoda Ramjani ada maujud di Pulau Pinang inilah beta beri pergi Itang ini kepada sahabat pinta sahabat periksa Itang dan Ramjani beta kehendaki budak beta yang jadi juru mudinya itu tiada sampai pinta dengan penolong sahabat beta boleh timbul budak beta seorang lagi kepada Nakhoda Ramjani harablah  beta Ramjani itu jika belum timbul budak beta nama Kehasan itu pinta sahabat beta peganglah Nakhoda Ramjani serta mari Itang ini membawa luka apa salahnya maka hendak dibunuh ini pun pinta sahabat beta halusi periksa jangan teraniaya teman beta luka sahaja dan seorang hilang sahaja pinta sahabat beta periksa Nakhoda Ramjani tentukan kesalahan teman2 beta dua ini dan segala hartanya di dalam perahu itu ada dengan fasalnya jika sahabat beta periksa Itang itu nyatalah fasalnya boleh sahabat beta tahu ahwalnya dikeluarkan serta boleh sahabat beta hukumkan atas benar salahnya inilah beta menyatakan pergi surat ini pada lima hari bulan Ramadhan sanah 1202 tahun Dal Awal tamat

No comments:

Post a Comment