Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta Raja Pahlawan Ali Khan barang disampaikan Tuhan seru alam akan sahabat beta Kapitan Uskut yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2
kemudian daripada itu ahwal akan perintah harga padi seperti tentukan sahabat beta pada sekunca lima rial itu sudah beta sampaikan pada Dato’ Saudagar Raja maka Dato’ itu pun sudah qabul serta sudah dihimpun taruh padi pinta sahabat beta beri mari Jaga2 muat bawa pergi demikian lagi beta bicara dengan Gurnador pada pasal makanan daripada beras lembu dan barang2 itu pada seratus rial labanya dua puluh rial itu pun sudah beta sampaikan pada Dato’ Saudagar Raja sudah Dato’ itu qabul pinta sahabat beta sampaikan pada Tuan Gurnador suruh beri mari surat akan Dato’ Saudagar Raja barang yang berkehendak Gurnador itu boleh Dato’ Saudagar Raja himpun taruh barangkali Gurnador suruh orang mari terima boleh diserah tiada dengan gendalanya ahwal itulah beta takrifkan tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment