Tuesday, November 20, 2018

Surat Raja Lela Muda kepada Francis Light (MS 40320/6, f.53) berkaitan pembelian lembu (Rabu, 7 Zulkaedah)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas kasih sayang daripada beta Raja Lela Muda sampai kepada sahabat beta Tuan Gurnador Pulau Pinang yang di dalam pelihara Tuhan Seru Alam 


ahwal beta maklumkan maka adalah surat To` Hakim Bandar Pulau Pinang beri pada beta katanya sahabat beta pesan minta bagikan lembu maka beta suruh cari bagi tiada boleh banyak boleh ada lima ekor itulah beta suruh abang beta Nakhoda Abdul Rahim mengadap sahabat beta membawa lembu lima ekor itu akan harganya sahabat beta bicara dengan abang beta itulah sebagai jika sahabat beta berkehendakkan akan lembu lagi beta pohonkan rial barang seratus rial boleh beta suruh pergi cari barangkali ada utung  boleh lembu jika tidak boleh lembu rial beta pulangkan sebagai beta maklumkan fasal budak Perak yang sahabat beta pegang itu apa khabarnya minta sahabat beta tentukan supaya sedap hati beta kerana perintah budak itu lebih penolong sahabat betalah akan beta ini fasal budak itu sebagai akan tiang rumah yang sudah ada2 lima belas batang di Kuala Perai empat batang dahulu pada beta sebelas batang minta sahabat beta suruh ambil ahwal inilah beta maklumkan pergi surat ini pada tujuh hari bulan Zulkaedah hari Arba’ tamat

No comments:

Post a Comment