Friday, November 9, 2018

Surat Laksamana Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.42) berkaitan masalah jenayah Long Jarak dan perompak (26 Zulhijah)

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas daripada Laksamana sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang dalam pelihara Tuhan seru alam 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal surat sahabat beta beri mari serta surat Long Jarak  dengan budak2 Patani  tiga orang itu sampailah sudah beta terima bawa maklumkan ke bawah Duli Baginda Yang Maha Mulia maka banyak jadi suka hati raja jangan boleh teladan orang yang lain boleh buat kerja jahat lagi kerana asalnya Long Jarak ini mari nyata pada beta kata banyak orang Siam menurun maka beta ambil beri titah raja padanya suruh pergi himpun segala orang yang menurun itu bawa’ pergi taruh ke Terutu  maka ini ia buat  kerja jahat hendak menjual orang pula inilah beta nyatakan maka raja pun banyak murka atas Long Jarak itu beta pun boleh salah sebermula tersebut teman To` Penggawa lima orang yang beta rantai itu sahabat beta pun sudah ketahui surat To` Penggawa pun sudah beta balas nyatakan perintah orang lima itu sudah beta periksa bersalahan daripada adat orang pergi datang perkakas orang jahat dibawanya tambahan tuduh orang Aceh yang duduk memukat ikan di Pulau Bidan  itu katanya orang inilah yang rompak ambil dayungnya lebih kurang tiga ribu katanya maka teriak Acheh itu belum beta selesai lagi maka ini tersebut dalam surat sahabat beta suruh beta maklum ke bawah duli baginda pinta lepas pulang orang lima itu maka inilah perintahnya dalam itu jika sahabat beta kehendak juga orang lima ini nyata mari boleh beta suruh beri pergi kepada sahabat beta inilah beta nyatakan surat ini pada enam likur hari bulan Zilhijjah tamat 

No comments:

Post a Comment