Monday, November 5, 2018

Surat Bendahara Muda Perak kepada Francis Light (MS 40320/6, f.31) berkaitan harga timah (30 Muharam, Sabtu)

Qawluhu al-Haqq

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas serta putih hati daripada Datuk Bendahara Muda negeri Perak Dahr al-Luan  barang disampaikan Allah Tuhan sekalian alam pada Senyur Gurnador yang bernegeri di Pulau Pinang sekarang kita setelah berjumpa berkasih2 han 


ada pun kita ini dititahkan Duli Yang Dipertuan Perak Yang Maha Mulia berjumpa dengan Senyur Gurnador memutuskan harga timah lima puluh rial kepada sebahara jikalau suka Senyur beli timah segala raja2 dan Orang Besyar2  di dalam Perak dari Larut jikalau timah orang banyak tiga puluh tujuh jikalau ada orang membawa timah Perak ada dengan cap Laksamana jangan Senyur cukai jikalau tiada dengan cap Laksamana orang membawa timah Perak Senyur cukai timah itu curi Senyur cukai dua rial kepada sebahara supaya naik hasil Duli Yang Dipertuan jika ada orang membawa timah dari Larut ada dangan cap Dato’ Bendahara Muda jangan Senyur cukai timah itu sudah cuci jikalau tiada membawa pas Dato’ Bendahara Muda Senyur cukai dua rial kepada sebahara supaya naik asil  Yang Dipertuan jikalau ada orang membawa rotan dari dalam Sungai Beruas tiada dengan pas Senyur cukai kepada seratus serial dan rotan Jarum Emas dan rotan Sungai Limau dan rotan Kuala Jaha dan rotan Larut dan rotan Sepetang dan rotan Kurau tiada membawa pas kita Senyur cukai dua serial kepada seratus ada inilah titah Yang Dipertuan kita bawa jikalau ada tulus serta ikhlas satu haparanlah  Perak dengan Pulau Pinang selagi ada bulan dengan mata ari  putih bangau itam  dinding  dengan Senyur jikalau suka sahabat kita harga timah seperti yang di dalam kita ini balaslah surat kita jikalau tiada suka balas juga surat kita boleh kita nyatakan ke bawah Duli Yang Dipertuan mana yang kesukaan saha sahabat kita taruh di dalam surat sahabat kita boleh kita nyatakan ke bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia diperbuat surat ini kepada kurang las  tiga puluh hari bulan Muharam hari Sabtu tamat

No comments:

Post a Comment