Sunday, November 11, 2018

Surat Long Ismail kepada Francis Light (MS 40320/6, f.49) berkenaan penghatantaran orang yang lari (25 Zulhijah)

Al-Mustahaqqah 

Surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas yang tiada berputusan daripada cucunda Long Ismail datang kepada nenda To` Gurnador Pulau Pinang yang amat bijaksana pada segala perintah lagi amat setiawan dan dermawan pada segala handai taulannya wa ba’du 


dari itu maka adalah teman2 cucunda orang sanggap  boleh orang lari banyaknya dulapan belas orang laki2 perempuan kecil besar orangnya jenis Patani tujuh belas orang dan seorang itu orang Pulau Pinang jadi dulapan belas orang maka dibawanya mari pada cucunda maka cucunda periksa orang ini katanya orang nenda ia lari maka sudah cucunda maklumkan pada ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan hendak hantar pergi pada nenda keluar titah benarkan cucunda hendak hantar pergi itu maka maksud cucunda hendak bawa sendiri kerana sangat rindu dendam hendak bertemu wajah dengan nenda maka dengan kehendak Tuhan seru alam maka datang khabar orang kata angkatan Raja Kelana itu banyak sudah sampai ke Pulau Pinang itu maka tiadalah jadi cucunda pergi lagi budak2 dulapan belas orang ini lagi baginda hendak titahkan suruh hantar dalam empat lima hari inilah ahwal inilah cucunda nyatakan perbuat surat lima likur bulan Zulhijah tamat

No comments:

Post a Comment