Ya ‘Aziz
Hamba Dato` Saudagar Raja merafakkan sembah ke bawah kehadrat Dato` Tuan Gurnador yang amat mulia
hamba Dato` maklumkan ahwal surat kadam Dato` beri mari suruh hamba Dato` cahari beli beras hantar pergi pada kadam Dato` itu telah terjunjunglah hamba Dato` akan sabda kadam Dato` itu sangatlah hajat hamba Dato` hendak mengerjakan kerja kadam Dato` itu maka perintah beras barang berapa kadam Dato` suruh hamba Dato` cahari beli itu boleh hamba Dato` beli himpun akan hantar pergi itulah tiada kuasa hamba Dato` dengan hal inilah hamba Dato` beri pergi To` Raja Pahlawan Ali Khan suruh mengadap kadam Dato` jika ada tilik serta rahim hamba Dato` pinta kadam Dato` tentukan berapa banyak beras kadam Dato` kehendaki serta tentukan harganya harganya nyatakan beri mari surat boleh hamba Dato` maklumkan pada ke bawah Duli Baginda Yang Dipertuan hamba beli himpun taruh beras boleh kadam Dato` suruh orang mari terima ambil kerana Duli Baginda Yang Dipertuan itu tuan pada hamba Dato` disuruh hamba Dato` perintah berniagaan maka hamba Dato` pun patut cahari faedah sembahkan pada ke bawah duli baginda maka kadam Dato` pun penghulu pada hamba Dato` barang sabda kadam Dato` hajat hamba Dato` hendak menerima buat kebaktian akan kadam Dato` pinta kadam Dato` beri mari rial dan opiun harga beras itu boleh hamba Dato` cahari beli himpun taruh ahwal inilah hamba Dato` maklumkan perbuat surat hari Khamis tujuh hari bulan Jamadil Akhir tamat
No comments:
Post a Comment