Tuesday, November 20, 2018

Surat Saudagar Nasruddin kepada James Scott (MS 40320/6, f.55) berkaitan jual beli emas dan sutera (25 Muharam 1203/26 Oktober 1788)

Bahawa ini surat daripada hamba Syaudagar Nasruddin yang ada terkawaf  di negeri Terengganu Darul Syalam  barang disampaikan Tuhan Khaliq al-Alam apalah kiranya kepada pihak sahabat hamba dan kekasih hamba Kapitan Uskut  yang ada dengan istirehat al-khair dalam daerah kantor  Kompeni Inggeris Pulau Pinang barang ditambah Tuhan Allah kebesarannya dan  kemuliaan dalam dunia serta beroleh kesenangan dan sihat dan afiat selagi ada hayat zamannya maka ialah terlalu arif dan bijaksana pada hal melakukan berkasih berkasihan tolong menolong kepada sekalian sahabatnya barang dikekalkan Tuhan Allah perangai yang demikian itu selama ada cakerawala matahari dan bulan wa ba’dah 


barang mafhum kiranya sahabat hamba maka adalah  hamba beri pergi kepada Kapitan Bek  emas tiga kati lima tahil beratnya sekati tiga puluh enam rial maka harganya pada sekati empat ratus dulapan puluh rial maka hendaklah kapitan terima ambil kepada Kapitan Bek adanya maka daripada hal harga sutera lebih kurang hendaklah kapitan berkira dengan Kapitan Kelas adanya sebermula jikalau ada barang sesuatu hajat maksud kapitan dalam Terengganu hendaklah kapitan kirim surat sebaris insya Allah Ta’ala boleh hamba kerjakan sebolehnya2 adanya dan lagi adalah hamba kirim rial kepada Kapitan Bek lima ratus rial itupun hendaklah Kapitan terima ambil rial itu kepada Kapitan Bek adanya maka sekalian itu lebih kurang hendaklah kapitan kira ambil dengan Kapitan Kelas kerana tiada suratnya kepada hamba adanya maka daripada hal Syaudagar  Mirangkandu hendaklah kapitan tolong akan dia ahwal itulah hamba nyatakan kepada kapitan adanya tamat al-kalam diperbuat surat ini pada lima likur haribulan Muharam pada sanah 1203 

No comments:

Post a Comment