Daulat al-‘izam wa bihi al-kiram serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada patik Gurnador Pulau Pinang yang teramat hina daripada sekalian hina merafakkan sembah ke bawah tapak cerpu duli Yang Dipertuan Besar Terengganu Yang Maha Mulia serta patik mohonkan ampun beribu2 ampun penuh limpah terjunjung ke atas jemala patik ampun tuanku
patik maklumkan ahwal surat duli Tuanku yang dibawa Wan Muhammad itu terjunjunglah di jemala patik maka segala yang tersebut dalamnya fahamlah patik segenap perkaranya ampun tuanku akan fasal kici Yang Maha Mulia suruh hantar itu kerana musim sudah akhir tiada boleh bawa pergi lagipun kici itu Kapitan Kellas punya sebahagi bersyarikat dengan saudagar Nasruddin dengan harga senapang yang diambil saudagar konon belum selesai lagi patik tiada ketahui maka sekarang ada wakil Kapitan Kellas iaitu Jan Kellas minta duli tuanku suruh Saudagar Nasruddin itu mari ke Pulau Pinang serta bawa mari segala surat2 Kapitan Kellas itu sama boleh berkira2 dengan wakilnya tentu selesaikan sekali segala perkiraan ampun tuanku akan ubat bedil seratus tong serta dengan peluru kehendak duli tuanku itu jikalau dengan tolong Tuhan Allah dalam dua bulan lagi patik hendak pergi ke Benggala boleh patik cahari beli bawa mari sendiri sembahkan Yang Maha Mulia lagipun boleh patik minta tolong kepada Jenderal Benggala segala kehendak duli tuanku itu maka akan perintah Sayid Ali itu melanggar Senggora jadi banyak kejahatan asyqal hati Raja benua Siam atas segala raja2 kalau jadi susah ia kira pakat juga siapa tahu

No comments:
Post a Comment