Al-Mustahaqqah
Surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berputusan selagi ada perkitaran cakerawala cahaya matahari dan bulan daripada beta Raja Muda yang memerintah bandar Indera Kayangan datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur sebutannya pada antara segala laut dan darat dan berdayalah gah kepujian pada antara masyriq dan maghrib pada pihak berkasih kasihan dan setiawan pada segala negeri atas angin dan bawah angin dan berlakulah perintah kebajikan pada pihak aqtar dan segala alam terpelihara pada segala ketika dan zaman dengan takdir Tuhan Malik al-Manan zi al-jud wal-ihsan amma ba’dah
maka adalah beta hendak berguna kain layar yang halus barang lima kayu dan kain cindai yang baik barang dua helai hendak pakai dan kain cina bunga yang baik barang dua kayu dan jam yang beta pinta tolong sahabat beta suruh baiki itu jika belum lagi sudah beta pinta jam sahabat beta pakai yang baik itulah dahulu hendak pakai sementara sudah baiki itu maka inilah beta beri orang beta mendapatkan sahabat beta pinta sahabat beta cahari segala kehendak beta ini serahkan pada orang beta bawa pulang mari pada beta dengan segeranya boleh beta menengar warita kebajikan daripada sahabat beta sebermula maka adalah orang Pulau Pinang bernama Jon mari ke Kota Kayangan ini maka ia berhutang ambil perahu besar beta satu haluan harga lima puluh rial ia bertangguh sampai ke Pulau Pinang hendak beri mari rial itu ini lebih setahun sudah tiada sampai lagi rial itu pinta dengan tolong sahabat beta keluar beri mari dan lagi ada orang Keling nama Kofi Pilai berhutang pada orang yang membawa surat ini dua puluh enam rial itu pun dengan penolong sahabat beta keluar beri dengan segeranya maka suatu pun tiada cenderamata daripada beta hanyalah ada beras lembut senalih pinta sahabat beta terima ambil dengan segala hati tiada dengan sepenuhnya qadar tanda kasih sahaja maka itulah dinyatakan pergi surat pada dua puluh haribulan puasa hari Ahad tamat sanah 12 tahun2 ba
No comments:
Post a Comment