Thursday, November 1, 2018

Senarai ambilan Raja Cenak daripada Francis Light (MS 40320/6, f.14) 18 Syawal 1202, Selasa Tahun Dal Awal (22 Julai 1788)

Ini fasal daftar ambilan Duli To`ku Raja Cenak Yang Maha Mulia pada Gurnador Pulau Pinang pertama kain celupan dua belas kodi harganya tujuh ratus dulapan puluh rial 

dan sebagai pula rotan saga seratus gelung harganya sepuluh rial

dan sebagai pula besi lantai sebahara 

dan sebagai pula besi baja sepikul 

dalam ini yang sudah wasil Duli To`ku diterima Gurnador pertama beras dibawa Nakhoda Sulaiman gudang sepuluh gantang enam koyan dan lembu dibawa Nakhoda Cik Nawas sepuluh ekor harganya enam puluh rial dan sebagai pula mata rial dibawa Nakhoda Cik Nawas juga diterima Kapitan Uskud  tiga ratus rial dan sebagai pula budak2 dibawa Nakhoda Sulaiman kecil besar laki laki perempuan sepuluh orang diterima Gurnador sendiri 

maka sekalian fasal yang tersebut ini pinta syaudara  hamba Syaudagar  Mirangkandu pergi kira2 tentukan ambilan bayaran hamba pada Gurnador di Pulau Pinang beri selesai perbuat daftar ini pada dulapan belas haribulan Syawal hari Selasa pada sanah 1202 tahun dal awal tamat

No comments:

Post a Comment