Tuesday, November 6, 2018

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.35) berkaitan dagangan lembu

Ya ‘Aziz al-Karim

Hamba Dato’ Saudagar Raja menrafakkan  sembah ke bawah hadrat qadam Dato’ Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi masyhur memelihara hamba Allah yang miskin 


maka adalah hamba Dato’ maklumkan ahwal adalah Kapitan Jaga2 beri mari surat pada sedang mengatakan qadam Dato’ kehendaki lembu demikian berbunyi surat qadam Dato’ maka ketika sedang membawak surat tiada hadir lembu pada hamba Dato’ jika sekiranya dari dahulu qadam Dato’ beri mari surat boleh hamba Dato’ cahari hadirkan taru  maka sedang itu kata hendak pergi bertanya pada Kapitan Jaga2 lalu berlayar maka kemudian hamba Dato’ beri pergi surat dan daftar pada Lebai iaitu ada maka Mirangkandu kici jika qadam Dato’ ambil daftar dan surat itu baca lihat segala hal itu boleh qadam Dato’ maklum maka sekarang adalah Husna Marikan membawak surat qadam Dato’ berbunyi di dalam surat itu qadam Dato’ suruh beli lembu akan hamba Dato’ serta sampai surat qadam Dato’ hamba Dato’ suruh teman2 cahari beli lembu apakala sudah boleh lembu terhimpun boleh hamba Dato’ sembahkan beri pergi surat dan akan daftar fasal dahulu itu pun hamba Dato’ mudik ke Alor Setar cahari ambil boleh hamba Dato’ serahkan pada Husna Marikan sembahkan beri pergi pada qadam Dato’ sebermula barang2 jenis yang boleh cahari di dalam negeri Kedah ini boleh hamba Dato’ cahari sembahkan seperti maksud qadam Dato’ ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan

No comments:

Post a Comment