Saturday, November 10, 2018

Surat Sultan Abdullah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.47) berkaitan permintaan Siam (Jumaat, 12 Ramadhan)

Al-Mustahaqqah

Surat kasih sayang daripada beta datang kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian sangat dermawan dan setiawan dan lagi sangat mengasihi segala sahabat handai dan taulan


 maka adalah pada tahun ini mari surat Kelahum menjunjung titah Raja Maha Besar di benua Siam mari menghendaki beras lima ratus koyan dan rakyat lima ribu dengan segala sentri hulubalang dan perahu tengah dua ratus dengan alat senjata dan ubat peluru dikehendak kepada beta maka berat sangatlah kehendak Raja benua Siam itu atas beta maka inilah beta nyatakan kepada sahabat beta kehalan beta ini hendak dipinta tolong rial barang selaksa dan bedil senapang barang seribu dan opiun barang sepuluh peti kerana besar sangatlah belanja beta di dalam kerja itu maka sahabat beta pun lebih faham atas kerja yang besar2 dan segala yang kekurangan kepada beta itu daripada belanja itu telah haraplah beta akan penolong sahabat beta mengikut seperti janji sahabat beta yang sudah dahulu itu segala kesakitan suruh nyatakan sahabat beta tolong daripada perintah perang dan belanja yang kekurangan maka inilah beta suruh Laksamana pergi bawa surat beta pinta tolong rial dan senapang itu kerana sudah putus janji sahabat beta dengan beta segala hal ehwal beta hendak ditolongi dari awal sampai sehari2 ini pun janji itulah beta tetapkan tiada berubah2 lagi dengan tolong Tuhan yang menjadikan sekalian alam ini barang tetap apalah kiranya antara sahabat beta dengan beta yang demikian itu perbuat surat dua belas bulan Ramadhan hari Jumaat tamat

No comments:

Post a Comment