Saturday, November 10, 2018

Surat Sayid Hasan Kedah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.46) untuk berjumpa Francis Light di Pulau Pinang

Al-Mustahaqqah 

Surat tulus ikhlas serta suci putih hati daripada hadrat Tuan Sayid Hasan barang disampaikan Allah kiranya Qadi al-Hajat kepada sahabat beta al-rahil  al-kamil al-khaziq  al-adil yang masyhur daripada segala negeri dengan perintah kebajikan pada tiap2 hari dengan tulus ikhlas pada segala sahabat handai maka jadilah tiada berputusan kepujian seperti matahari memberi manfaat akan yang rendah daripadanya iaitu sahabat beta iaitu Gurnador yang di atas kebesaran dan kemuliaan yang mempunyai kekayaan barang kiranya demikian itu ditambahinya nantiasa  tiada berputusan pada tiap2 ketika masanya dan zaman wa ba’dahu 


dari itu ahwal adalah beta kirim surat dua tiga pucuk akan sahabat beta tanda hendak mengambil kasih daripada sahabat beta maka tiada apa khabar beta dengar daripada pihak sahabat beta tanda berkasih kasihan maka jadi masyghullah rasa hati beta maka sekarang ini beta mari ke Pulau Pinang dapat Gurnador berjumpa wajah Gurnador muafakat berkata2 yang manis dan membicarakan jalan kebajikan yang memberi faedah antara beta dan sahabat beta supaya jadi tulus ikhlas hati sahabat beta sebermula itulah anyur muda tiga puluh biji beta kirimkan sahabat tiada dengan sepertinya pinta sahabat beta terima ambil jangan diaifikan kerana adat orang duduk di utan padang ahwal inilah beta takrifkan sahabat beta tamat sebermula jika ada kasih beta pinta tolong pada sahabat beta ubat bedil yang baik barang sedikit kirim beri mari pada Nakhoda Baba yang membawa surat ini beta hendak buat bekal di jalan hendak mari berjumpa dengan sahabat beta tamat 

No comments:

Post a Comment