Tuesday, November 20, 2018

Surat Tengku Kejuruan Langkat kepada Francis Light (MS 40320/6, f.54) berkenaan pembelian lela

Alhamdulillah rab al-‘alamin wa al-‘aqibat lilmuttaqin wa al-solat wa al-salam ‘ala rasulik sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi wa sahbih ajma’in maka diiringi dengan beberapa hormat mulia iaitu daripada Tengku Kejuruan Langkat barang diwasalkan Tuhan Habib al-Rahman apalah kiranya kepada hadrat sahabat beta Kapitan Pulau Pinang barang dikekalkan Allah Subhanahu Wa Taala izzah dan darjatnya dari dunia datang ke akhirat amin2 thumma amin wa ba’du 


dari itu barang maklum kiranya sahabat beta akan beta ini sangatlah kesusahan jikalau ada kasih dan sayang sahabat beta akan beta ini minta dibicarakanlah lela barang sepasang sekuat2 hati sahabat beta bicarakan dia jikalau ada sahabat beta berikanlah kepada Nakhoda Mahmud akan harganya jika mahu sahabat beta belerang beta kirimkan sekali lagi maka inilah Nakhoda Mahmud mengatar  harga garam tamat al-kalam

No comments:

Post a Comment