Al-Mustahaqqah
Surat tulus dan ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan selagi ada perkitaran cakerawala matahari dan bulan daripada beta Raja Muda di Kota Kayangan sampai kepada sahabat beta Gunador yang mempunyai perintah dalam bandar Pulau Pinang yang termasyhur gah kepujian pada segala negeri atas angin dan baruh angin pada memerintahkan kerja perang di laut dan darat lagi sangat pandai mengambil hati sahabat handainya maka barang ditetapkan Tuhan seru sekalian alam kiranya perangai yang demikian itu
maka barang ketahui kiranya sahabat beta maka adalah beta menyuruh budak2 teman beta sebuah perahu kecil serta ada bermuat beras sedikit ia hendak pergi tukar bember juala beli dalam bandar Pulau Pinang itu maka barang kiranya dengan penolong sahabat betalah jangan diberi orang berbuat huru hara akan segala teman2 beta itu supaya boleh dengan kesenangannya ia mencari juala beli dalam bandar sahabat beta itu serta pinta dengan penolong sahabat betalah beri ia apa sekalian itu berbalik mari dengan segeranya supaya boleh beta mendengar khabar yang kebajikan daripada sahabat beta maka itulah beta nyatakan perbuat surat pada sembilan likur bulan Rejab hari Isnin tamat 1202 H
No comments:
Post a Comment