Monday, November 5, 2018

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/6, f.34) berkaitan pinjaman dan kiriman beras (24 Syawal, Ahad)

Al-Mustahaqq

Surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 


ahwal maka itulah anak beta Tengku Awi beta suruh pergi pada sahabat beta terima rial menurut janji sahabat beta maka sebanyak yang sahabat beta beri ini tiadalah cukup belanja kerana perniagaan dalam bandar ini mati benar2 tiada segala tambahan dalam tiga empat tahun ini sangat kelaparan tiadalah berputusan beta menolong rakyat isi negeri ini maka itu pun sudah beta nyatakan pada sahabat beta pinta tolong maka sekarang beta harap akan kasih sahabat beta pada genap perkaranya bermula akan surat beta beri akan sahabat beta fasal pinjam rial itu maka rialnya tiada boleh maka surat itu beta pinta sahabat beta serahkan beri mari pada anak beta ini maka itulah kiriman beta akan sahabat beta beras seratus gantang tanda ikhlas dan kiriman anak beta Muhamad yang kecik akan anak sahabat beta buah mempelam siam sedikit sahabat beta terima ambil dengan ikhlas hati ahwal itulah beta nyatakan pergi surat pada empat likur haribulan Syawal hari Ahad tamat

No comments:

Post a Comment