Thursday, November 1, 2018

Surat Saudagar Raja kepada Francis Light (MS 40320/6, f.12) berkaitan harga beras dan lembu

Ya Aziz 

Hamba Dato` Saudagar Raja menrafakkan sembah ke bawah hadrat kadam Dato` Tuan Gurnador Pulau Pinang yang amat mulia lagi aqil bijaksana telah masyhur ke mana2 


hamba Dato` maklumkan ahwal mula2 mari Kapitan Uskut  pinta beli beras pada hamba Dato` maka hamba Dato` kehendaki harganya pada sekoyan enam puluh rial maka Kapitan Uskut  tawar sekoyan lima puluh rial dengan harga itu hamba hendak beri ke kompenir  maka kapitan itu hendak beli sendiri dengan harga itu tiada hamba Dato` beri kemudian mari Raja Pahlawan Ali Khan kata kadam Dato` pesan suruh hamba Dato` beli himpun beras padi dan lembu dan makanan kata kadam Dato` hendak ambil beras dengan harga lima puluh rial pada sekoyan dan padi lima rial pada sekunca lembu dan makanan itu ditolak harga beli dan belanja kadam Dato` hendak beri laba pada sepuluh dua ada demikianlah khabar Raja Pahlawan pada hamba Dato` maka hamba Dato` tanya mana surat kadam Dato` katanya surat tiada kadam Dato` pesan lalu hamba Dato` maklumkan pada ke bawah duli baginda segala pesan kadam Dato` maka keluar titah benarkan suruh hamba Dato` beli himpun seperti kehendak kadam Dato` barang ketika kadam Dato` suruh mari ambil suruh hamba Dato` beri lalu hamba Dato` bahagilah rial pada segala orang lombong dan anak bukit suruh kutip beli beras tumbuk belaka tiada masak beras kisar sedikit pun empat puluh koyan dan padi empat puluh koyan dan lembu lima ekor di dalam itu sudah hamba Dato` beri pergi di Jaga2 setengah ada lagi setengah sudah ada hadir di kuala dan di Alor Setar maka sedikit2 belum sampai lagi duduk pada segenap tempat yang hamba Dato` beri emas itu itupun tengah hamba Dato` duduk kutip himpun maka baharu ini kadam Dato` beri mari surat serta kapas sepuluh bandela maka sudahlah hamba Dato` terima ambil maka tersebut di dalam surat itu kadam Dato` bubuh harga beras pada sekoyan empat puluh rial maka hal beras hamba Dato` beli pada sekoyan tiga puluh lima rial maka upah mengangkat beras itu dari lombong dan anak bukit maka belanja kajang samir dan kayu tempah  ruah  makan tikus  dibeli dengan cupak disukat dengan sat dan upah orang tunggu gudang beras empat orang dan kerani seorang sekalian belanja itu dikira2 modal hamba Dato` pun tiada sampai tambahan pula di dalam perniagaan hamba Dato` pun mau  tunjuk laba sedikit2 pada ke bawah duli baginda kerana hamba Dato` ini baginda suruh hamba Dato` berniaga sekalian ini tiada terlindung pada kadam Dato` lebih maklum kadam Dato` dalam ini pun apa yang jadi benar pada kadam itulah hamba Dato` turut kehadapan lagi jika kadam Dato` hendak suruh hamba Dato` lagi pinta kadam Dato` tentukan harga beras dan harga padi dan harga lembu beri mari surat jika patut hamba Dato` turut kerjakan jika tiada hamba Dato` berhenti ahwal inilah hamba Dato` maklumkan ‘adat  ‘ala al-dawam

No comments:

Post a Comment