surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada tuan Gurnador yang memerintahkan negeri baharu Kota Pulau Pinang yang bijaksana lagi arif
ahwal adalah perhamba beri pergi Nakhoda Tambi Kecik mengadap tuan pinta tuan ambil senapang daripada Kapitan Uskat barang seratus pucuk harga tiga2 rial pada sepucuk kata teman Kapitan Uskat yang bawa macam senapang itu di dalam itupun mana yang baik pada tuan putuskan harga atau lain daripada senapang Kapitan Uskat jikalau ada kepada tuan harga sampai pada empat rial lebih kurang mana baik pada tuan tentukan harga barang seratus pucuk serah beri mari pada Nakhoda Tambi Kecik ia tiada tahu pilih pinta tuan suruh teman2 tuan pilih yang baik2 akan timah tuan pinta itu barang yang dibawa saudara perhamba Nakhoda Bapu membawa timah sampai pada tuan itu tuan terima ambil maka timah yang ada di sinun empat lima bahara sahaja apakala sudah terhimpun banyak boleh perhamba maklumkan pergi pada tuan akan senapang itu juga tuan beri mari jika tiada boleh seratus pun tuan bicarakan lima puluh pucuk beri mari juga ahwal itulah perhamba maklumkan perbuat surat dua belas hari bulan Syawal tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment