Surat cit daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada tuan Gurnador Pulau Pinang yang ‘arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2
ahwal akan daftar harga kain Bugis itu tinggal kepada Komandor di kiji’ serah beri kain sahaja akan daftar itu tiada diberi itulah pinta tuan Gurnador ambil daftar itu beri mari jika tiada pada Komandor pun pinta tuan Gurnador suruh salin daftar pada tuan Gurnador itu beri mari kerana kain itu tiada jual lagi dengan sebab tiada daftar itu ahwal itulah perhamba nyatakan kepada tuan Gurnador perbuat surat dua puluh hari bulan Jamadil Akhir tamat
No comments:
Post a Comment