Al-Mustahaqqah
surat tulus ikhlas serta berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta Yang Dipertuan sampai kepada sahabat beta Gu yang istirahat di Pulau Pinang yang amat bijaksana lagi akil pada memerintahkan jalan kebajikan
ahwal adalah beta lengkapi perahu muat dagangan beta suruh berlayar ke sebelah timur berniaga serta beta suruh mencahari barang2 bau maka itulah beta minta opiun barang empat puluh peti atau tiga puluh peti beta hendak muat beri pergi beta minta opiun yang baik2 harganya dengan harga serupa jangan seperti harga jualan pada yang baik itulah beta suruh Saudagar Mirangkandu dapat sahabat beta boleh sahabat beta serah beri opiun itu pada Saudagar Mirangkandu serta ditentukan harganya sahabat beta buat surat beri mari pada Saudagar Mirangkandu itu boleh ia bawa mari dengan segeranya kerana di dalam bulan ini beta hendak suruh berlayar perahu sudah siap inilah hal beta nyatakan pada sahabat beta perbuat surat tujuh belas haribulan Rabiul Awal hari Khamis tamat
No comments:
Post a Comment