Wednesday, September 25, 2019

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 119) berkaitan bayaran dagangan (Isnin, 29 Safar)

Al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas berkasih kasihan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana pada pihak bersahabat telah masyhur ke mana2 


kemudian dari itu barang tahu sahabat beta ahwal beta suruh Setia Raja pergi pada sahabat beta sudah lama tiada pulang mari pada beta maka akan fasal ambilan Syeikh Mia pada beta seperti tapak tangan beta beri pergi pada sahabat beta itu pinta sahabat beta tolong keluarkan beri habis pada wakil Syeikh Mia itu Mia Hafiz menurut adat beri Setia Raja itu pulang mari boleh dengan khabar kebajikan tulus ikhlas daripada sahabat beta itu maka ambilan bayaran kepada Saudagar Raja dengan Syeikh Mia boleh sahabat beta tolong selesaikan menurut adat buat surat hari Isnin sembilan likur timbul bulan Safar tamat

No comments:

Post a Comment