Sunday, September 15, 2019

Surat Penggawa Telibon kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 77) berkaitan perdagangan papan (8 Jamadil Akhir)

Alhamdulillah

Surat tulus ikhlas kasih sayang sudi lama  muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta Dato’ Penggawa Telibong sampai kepada sahabat beta Guranador  Pulau Pinang yang beroleh kebesaran dan kelayaan  di dalam negeri dunia lagi kasih pada segala sahabat tuannya 

kemudian dari itu adalah surat Gurnador beri mari menyata Guranador  hendak beri mari sulap  hendak muat papan lama sudah beta menanti tiada sampai mari la serta sampai surat beta ini pinta sahabat beta beri mari sulap ambil papan ini di dalam purnama bulan Jamadil Akhir ini juga kerana beta pun hendak segera pergi ke Kedah kalau2 lambatan tiada berdan pinta segera akan mari sampai purnama bulan ini juga sebermula beta pinta tolong pada sahabat beta besi barang sepuluh pikui  telah haraplah beta akan kasih sahabat beta pergi surat dulapan hari bulan Jamadil Akhir

No comments:

Post a Comment