Sunday, September 22, 2019

Surat Seri Pengiran Adi Wijaya kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 98) berkaitan dagangan timah, lada dan pemuras (4 Zulhijjah, Ahad)

Bahawa ini surat tulus dan ikhlas daripada Seri Pengiran Adi Wijaya kepada sahabat kita Kapitan Laiq  


jikalau sahabat kita suka inilah suruhan kita Haji Saradip  kita wakilkan barang apa bicaranya itulah ganti kita jikalau sahabat kita ada su  timah dan lada adalah kepada Haji ini barang apa bicaranya itulah bicara kita seperkara lagi kita minta tolong pemuras barang dua puluh pasang barang beberapa harganya pada musim datang kita bersuruhan mendapatkan sahabat kita dan minta tolong segerakan Haji ini pulang ke Palembang kepada awal musim ini juga autau  bersama2 dengan kapal yang mahu berniaga di laut Palembang demikianlah adanya tersurat kepada empat kiyar  hari bulan Zulhijah kepada hari Ahad waktu jam pukul dua

No comments:

Post a Comment