Qawluhu al-Haqq
Surat kasih sayang yang tiada berputusan daripada beta Raja Muda kepada sabat beta Gunadur Pulau Pinang yang teramat mashur gahgah berani daripada memerintahkan alat perperangan lagi sangat pandai pada membaigaikan hati segala sabat handainya maka termashurlah perintah itu kepada atas angin dan bawah angin
maka adalah beta suruh teman beta sebuah perahu sampan kecil serta ringgit enam puluh beta pinta sabat beta tolong belikan terupang yang baik satu dan pendoman yang baik satu dan biola yang baik satu dan haleja mesaru dua kayu dan kain itam halus dua kain maka harganya itu jika tiada cukup pinta sabat beta nyatakan mari boleh beta bicarakan beri pergi puluh barang yang tiada cukup itu maka yang beta pinta sabat beta tolong belikan itu juga pinta sabat beta bicarakan beri boleh2 kerana sangatlah harap beta akan sabat beta kasih serta sayang akan beta ini maka jadilah beta pinta tolong barang ma’sud beta itu maka adalah jam orolis tiga buah sudah binasa maka inilah beta beri pergi pinta sabat beta tolong baikkan beri baik seperti dahulu pulih jika ada lain pada sabat beta jam itu beta pinta hendak pakai dahulu sementara baik arta beta ini maka itulah beta nyatakan maka adalah hadiah beta akan sabat beta kain jong sarat sehelai pinta sabat beta terima ambil akan barang2 gunanya kerana tiada dengan sepertinya tanda berkasihan juga tamat bermula tanda sabat beta beri balik dengan segeranya teman beta itu supaya boleh boleh beta mendengar khabar yang baik daripada sabat beta tamat
No comments:
Post a Comment