Sunday, September 15, 2019

Surat Cit Panglima Kota kepada Laksamana (MS 40320/9, folio 80) berkaitan orang yang lari dari Pulau Pinang

Hamba Dato’ Panglima Kota maklumkan sembah surat cit ke bawah qadam Dato’ Laksamana yang amat mulia 


wa ba’dahu dari itu hamba Dato’ maklumkan ahwala  surat qadam Dato’ beri pergi pada Panglima Muda ini suruh ambil orang tuduh Mek Putih itu sudah dibawa Panglima Muda mari dua orang maka orang ini kata Panglima Muda anak kepenakan Raja Pahlawan ahwal itulah hamba Dato’ maklumkan akan Mek Putih dan Muhamad ini lari dari Pulau Pinang maka mari surat Gurnador pada Panglima Muda pinta Mek Putih dan Muhamad itu pada Panglima Muda yang mari membawa surat itu Cik Ali anak Uwan Sayidi teman2 Gurnador pun ada mari enam tujuh orang bersama2 Panglima Muda ini maka hamba Dato’ pegang taruh di kuala ini segala orang itu apa disabdakan diberi mudik atau haba Dato’ menanti qadam yang mulia kerana orang dagang ahwal inilah hamba Dato’ maklumkan ‘iddah  bertambah ‘ala al-dawam pergi surat pada pagi hari Jumaat tamat inilah surat Gurnador hamba Dato’ suruh Cik Ali bawa mudik bersama2 surat ini tamat

No comments:

Post a Comment