Al-Mustahaqqah
surat kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkesudahan daripada beta sampai pada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
ahwal akan emas beta pada Syeikh Mia tersebut pada surat sahabat beta sudah keluar diterima Setia Raja empat ribu rial baki lagi itu datang sulab Syeikh Mia hendak dikeluar beri sudah beta balas surat itu besarlah penolong daripada sahabat beta boleh berguna pada ketika ini sulabnya pun sudah sampai baki lagi itu pun beta pinta tolong pada sahabat beta sempurnakan beri selesai emas itu maka surat itu pun lama sudah beta beri pergi tiada apa khabarnya maka perintah emas beta itu pikan beta seperti emas sahabat betalah tiadalah patut jadi panjang lebar demikian ini kerja itu sekarang pun emas beta itu jika ada tilik sahabat beta akan beta ini dikeluarkan beri mari dengan segeranya kerana tengah beta hendak perguna besar rial itu pada ketika ini maka haraplah beta akan sahabat beta tolong keluarkan rial itu inilah beta nyatakan pada sahabat beta pergi surat dua likur haribulan Rabiul Awal hari Arba’ tamat
No comments:
Post a Comment