Sunday, September 22, 2019

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 108) berkaitan orang berhutang dari Pulau Pinang (Jumaat, 25 Jamadil Awal)

Al-Mustahaqqah

surat kasih sayang serta tulus ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana 


ahwal adalah beta menyuruh Setia Raja pergi pada sahabat beta fasal orang berhutang dalam Pulau Pinang yang sahabat beta tunggu itu maka barang yang boleh keluar itu boleh sahabat beta serah beri pada Setia Raja dalam itu juga tiada boleh lagi pun pinta dengan penolong sahabat beta bicara keluarkan maka barang yang boleh itulah sahabat beta serah beri pada Setia Raja ini boleh ia bawa mari pada beta dengan segeranya buat surat hari Jumaat lima likur timbul bulan Jamadil Awal tamat sebermula beta pinta kertas pada sahabat beta yang baik2 barang dua kendong tamat

No comments:

Post a Comment