Alhamdulillah
Surat Lebai Badaruddin hamba mewakilkan kepada Tuan Haji Yusuf dengan Tuan Haji Abu Bakar
minta’ tolong tengokkan Sayid akan hal beras yang dibawanya jikalau sudah laku suruh lekas pulang kerana hamba mau pergi ke Pulau Pinang sama2 dengan Dato’ dengan Tuan Haji ‘Abdul Rashid jikalau dia membeli apa2 minta’ tengokkan apa yang dibelinya barang kali tiada mau pulang minta’ ambilkan harga beras yang dua ratus itu yang dibawanya dan lagi utangnya kepada hamba sepuluh rial minta’ tunggukan juga kepada dia jangan tiada minta’ juga sebual belinya jikalau tiada mau membayar pegangkan bawa pulang ke mari dianya jikalau sudah dia bayar lepaskan barang ke mana dia mau pergi bersurat pada bulan Rabiul Awal pada hari Isnin tamat
No comments:
Post a Comment