Surat daripada perhamba Seri Maharaja Dewa sampai kepada tuan Gurnador Pulau Pinang yang arif lagi bijaksana telah masyhur ke mana2
ahwal adalah masa adik perhamba Nakhoda Bapu pulang mari itu tiada ia mengambil surat tuan kerana tuan duduk berbicara orang kapal maka dibawanya surat Kapitan Uskut mengatakan harga opiun dua ribu rial dan harga kain seribu dua ratus sembilan puluh sembilan rial tujuh puluh suatu dua wir bapi pada perhamba maka itulah rial seribu dua ratus sembilan puluh sembilan rial dan tujuh puluh suatu dua wir perhamba beri pergi dibawa adik perhamba itu Nakhoda Bapu pinta terima ambil rial itu sudahlah selesai harga kain maka tinggal baki lagi pada perhamba dua ribu rial cukup2 maka rial itu perhamba pinta bertangguh sementara datang timah dari Kuala Muda kerana air kering tiada boleh bawa air dari Pulai apakala sampai timah itu perhamba bayar timah atau rial ahwal inilah perhamba nyatakan perbuat surat hari Khamis pada lima belas hari bulan Rabiul Akhir pada sanah 1202 tahun2 Dal Akhir tamat al-kalam
No comments:
Post a Comment