Wednesday, September 25, 2019

Surat Sultan Abdullah Mukarram Shah kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 120) berkaitan budak yang lari (Selasa, 10 Syawal)

Al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas berkasih kasihan yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang yang akil bijaksana telah masyhur ke mana2 


kemudian daripada itu ahwal adalah beta menyuruh anak beta itu Cik Awia  pergi pada sahabat beta berkira2 hasil Pulau Pinang dan pada fasal ambilan bayaran anak beta Raden Muhamad pada sahabat beta itu maka anak beta Cik Awia  berjumpa di dalam budak2 beta yang lari ke Pulau Pinang itu Ketupat dan Mira Husain dan Mek Ngah maka anak beta pergi nyatakan pada sahabat beta maka sahabat beta tolong suruh orang pergi ambil Ketupat dan Mira Husain itu bubuh di dalam penjara dan Mek Ngah itu serah taruh pada Hakim Bandar serta dengan orang yang membawanya itu maka pada petang hari itu juga anak beta suruh Lebai Ha pergi nyatakan pada Hakim Bandar minta pebela baik2 budak Mek Ngah itu kerana Mek Ngah jadi bendahari duduk di dalam rumah banyak harta dibawanya maka kata Hakim Bandar budak itu sudah tiada hendak disuruh cahari maka anak beta tiada boleh nanti kerana sudah disiap serta dengan budak Ketupat dan Mira Husain itu pun sudah sahabat beta serah beri diterima bawa pulang sudahlah sampai pada beta2 terima ambil dengan putih hati beta nyatalah kasih sahabat beta di atas beta ini dan isi negeri beta jika ada orang Pulau Pinang daripada hamba dan orang berutang  jika lari mari ke negeri beta ini pinta sahabat beta beri mari orang yang mengenal budak2 itu boleh beta suruh tangkap serah beri pergi pada sahabat beta jika orang berutang  tiada suka hendak pergi akan hutangnya itulah beta keluarkan beri pergi demikian lagi budak2 beta dan budak2 menteri pegawai beta dan orang berutang  barang yang lari pergi ke Pulau Pinang itu pun dengan penolong sahabat beta ambil beri mari tanda kita berkasih2 tolong menolong daripada segenap perkaranya itulah beta nyatakan pada saha  beta pergi surat hari Selasa pada sepuluh haribulan Syawal tamat al-kalam tamat

No comments:

Post a Comment