Al-Mustahaqqah
surat kasih sayang serta tulus dan ikhlas daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador di Pulau Pinang
ahwal adalah pada dulapan belas haribulan Rabiul Awal hari Jumaat sampai surat Hakim Bandar Pulau Pinang dan surat Raja Indera Setia nyatakan pada Laksamana perahu lanun enam puluh haluan di Kuala Kurau katanya hendak pukul Pulau Pinang dan Kerian maka khabar itu tiada dengan surat sahabat beta sendiri nyatakan pada beta kadar surat Hakim Bandar itu pada Laksamana maka inilah beta menyuruh pergi pada sahabat beta pinta sahabat beta nyatakan mari khabar lanun itu yang khususnya jika sungguh seperti di dalam surat Hakim Bandar itu betapa rupa bicara sahabat beta hendak perintahkan pinta sahabat beta nyatakan mari boleh hamba ketahui kerana sebagai datang khabar pada beta perintah ini berlain2nya tiada yang khususnya inilah beta nyatakan pada sahabat beta diperbuat surat dulapan belas haribulan Rabiul Awal hari Jumaat tamat
No comments:
Post a Comment