Al-Mustahaqqah
Kasih sayang serta tulus ikhlas yang tiada berkeputusan daripada cunda Long Ismail datang kepada nenda To’ Gurnador Pulau Pinang yang telah termasyhur gah kepujian sangat pandai pada merintahkan segala kerja laut dan darat
ahwal maka itulah timah lebih kurang sedikit tengah empat bahara dan lembu sebelas ekor cunda suruh hantar pergi pada nenda dahulu cunda hendak himpun beri banyak sedikit timah itu hantar pergi sekali pada nenda pun jadi susah sangat kalau diketahui orang kerana cunda hendak pergi sendiri berjumpa nenda pun tiada boleh lagi sebab banyak sangat orang berbuat acam fitnah akan cunda sehari2 ini disembahkannya pada ke bawah duli baginda maka jadi sangatlah cunda takut maka akan perintah timah inipun lagikan cunda bicara himpun atau barang2 yang lain pun mana yang bolehnya dihantar pergi pada nenda ahwal inilah cunda takrifkan perbuat surat lima belas hari bulan Rabiul Awal hari Sabtu tamat
No comments:
Post a Comment