Wednesday, September 25, 2019

Surat cit Temenggung Makota Maharaja kepada Hakim Bandar (MS 40320/9, folio 116) berkaitan budak yang lari (19 Jamadil Akhir, Ahad)

Surat cit ayahanda Temenggung Makota  Maharaja sampai ke hadrat anakanda Hakim Bandar Pulau Pinang yang aziz 


ahwal maka adalah surat anakanda dibawa Cik Sabit  telah sampailah pada ayahanda dengan purnanya  tersebut dalamnya fasal budak lari dan sampan  Cik Dam tiada Panglima Muda mau pulangkan maka perintah itu tiada ayahanda ubahkan tetab  seperti yang telah sudah maka itulah sampan ayahanda serahkan pada Cik Sabit minta anakanda terima ambil akan budak itu minta anakanda tanya Tunab  jika ia mau juga orang hendak tebas dua puluh rial kerana budak itu tiada ia mau pulang jika tuannya tiada suka anakanda suruh ambil boleh ayahanda beri dengan teguhnya  dalam sari  dua inilah anakanda nyatakan mari pada ayahanda ahwal inilah ayahanda takrifkan pergi surat ini pada sembilan belas hari bulan Jamadil Akhir hari Ahad tamat

No comments:

Post a Comment