Sunday, September 15, 2019

Surat Tuan Sayid Hasan kepada Francis Light (MS 40320/9, folio 72) berkaitan pemburuan gajah (7 Zulkaedah, Jumaat)

Al-Mustahaqqah

surat tulus ikhlas serta kasih sayang suci putih hati daripada Tuan Sayid Hasan sampai kepada sahabat hamba Dato’ Kapitan Dewa Raja Gurnador negeri Pulau Pinang yang gah masyhur nama kepujian dari atas angin ke bawah angin maka barang ditetapkan Tuhan sarwa alam kiranya perangai yang demikian itu jangan berubah2 selagi ada perkitaran cakerawala iaitu matahari dan bulan 

kemudian dari itu hamba maklumkan adalah hamba tinggal rumah pada tujuh hari bulan puasa sampai ke Kuala Langau  hendak bertemu dengan Dato’ Menteri dan To’ Belati  ia apa sudah masuk ke hutan pergi jerat gajah hendak diikat di dalam susah tiada boleh lepas Kuala Langau sampai ke Telibong lalu lalu ke Tuang  mencari perahu yang baik2 tiada dapat seperti kehendak ada yang udah2 tiada berkenan pada hati hamba jikalau ada hayat dilanjutkan akan Allah umur hamba hendak sampaikan juga seperti kehendak Gurnador hamba hendak pergi cahari sebelah kurang besi  dan Sungai Opas  dan Perai ahwal itulah dimaklumkan akan barang suatu pekerjaan jangan alpa dan lalai biar kejab  dengan teguh itulah dimaklumkan perbuat surat pada tujuh hari bulan Zulqaidah  pada hari Jumaat

No comments:

Post a Comment