Al-Mustahaqq
surat tulus ikhlas berkasih kasihan muafakat yang tiada berkesudahan daripada beta sampai kepada sahabat beta Gurnador Pulau Pinang
ahwal akan surat sahabat beta beri mari menyatakan senapang ubat peluru beta pinta dahulu itu baharu pada ketika ini datang senapang kompeni maka sesungguhnya seperti surat sahabat beta maka sekarang ini sudah lepas daripada haru hara orang Patani itu maka ini senapang ubat peluru sudah ada sedia pada sahabat beta jadi sangatlah kesukaan pada beta seperti sudah ada pada betalah jika ada sesuatu guna beta suruh orang pergi terima ambil maka akan harganya itu beta pinta tentukan beri mari dahulu maka akan senapang ambilnya Raja Lela Muda itu lagi beta periksa ambil pulangkan bermula ada barang2 beta hendak berguna disuruh Setia Raja beli itu pun beta pinta dengan penolong sahabat beta juga nanti dengan segeranya sahabat beta beri balik mari Setia Raja itu pada beta pergi surat pada hari Khamis sembilan haribulan Rabiul Awal tamat
No comments:
Post a Comment